Monday, April 20, 2009

Bela lembu jom?

Panduan Menternak Lembu Pedaging
1. PENDAHULUAN
Seorang penternak biasanya menternak tidak lebih 5 ekor lembu. Ternakan itu dianggap sebagai satu tabungan untuk mendapatkan wang di mana terdesak atau untuk kegunaan kenduri perkahwinan anggota keluarga penternak tersebut.
Apabila jumlah lembu telah melebihi 20 ekor, aktiviti penternakan secara sambilan terpaksa ditukar kepada usaha sepenuh masa. Usaha komersial seperti ini semakin popular ketika ini kerana ianya terbukti mempunyai daya maju dan sangat menguntungkan.
Tujuan menternak lembu pedaging ialah:
untuk mendapatkan hasil daging
untuk meningkatkan pendapatan sama ada pendapatan utama atau pendapatan tambahan.
Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding dengan lembu tenusu. Hasil lembu pedaging akan diperolehi setelah lembu-lembu dijual, sama ada sebagai lembu untuk sembelih atau untuk pembiakan. Dengan pengurusan dan penjagaan yang baik, lembu-lembu pedaging akan lebih sihat, gemuk dan memberikan hasil yang lumayan.
BAKA LEMBU PEDAGING
Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:
Kedah Kelantan (K-K)Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross) Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal) Local Indian Dairy (LID)DroughtmasterBrahman.
Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:
Hereford Angus Charolais Shorthorn Simmental Limousin
Baka-baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :
Kacukan Komersial dari Australia Kacukan Friesian Sahiwal Droughtmaster Kacukan Pedaging KK Kedah Kelantan Brahman Local Indian Dairy
i. Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)
Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.
Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)
Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.
Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.
Droughtmaster
Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.
Kacukan Pedaging K-K
Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.
Kedah Kelantan (K-K)
Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.
Brahman
Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.
Local Indian Dairy (L.l.D.)
Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.
OBJEKTIF PEMELIHARAAN
i. Pembiakan dan Pembaikbiakan
Penternakan jenis ini ialah pemeliharaan lembu betina dewasa yang apabila matang akan dikahwinkan dengan menggunakan lembu jantan atau dengan permanian beradas. Dengan pengurusan yang baik, anak lembu dapat dihasilkan setiap tahun. Penternakan jenis ini menghasilkan anak betina yang akan dijual untuk pembiakan semula, dan anak jantan untuk digemukkan dan dijual untuk daging.
Pembesaran/Penggemukan
Pemeliharaan anak jantan secara lebih intensif untuk mendapatkan lembu yang besar dalam masa yang singkat. Di sini, pembesaran perlu cepat dengan perbelanjaan yang minimum bagi memperolehi keuntungan yang lebih. Hasil penternakan ini ialah lembu gemuk untuk disembelih dan dijual untuk daging.
AKTIVITI PEMBIAKAN
A. Pengurusan
Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:
i. Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara ini kurang baik kerana;
a. selalu merosakkan tanaman orang lain
kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai
perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.
Namun begitu cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembulembu membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.
Cara Berkurung atau Fidlot
Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.
Cara Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.
Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.
Pemilihan Kawasan
Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara penternakan lembu pedaging yang paling sesuai. Biasanya ternakan ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya. Kawasan mestilah mempunyai cokup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan dipelihara. Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain. Sistem yang sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di waktu malam.
Walaupun kawasan yang boleh ditanam rumput adalah yang paling sesuai, akan tetapi ia memerlukan kos pembangunan yang tinggi. Kecuali keluasan tanah tersebut cukup besar bagi menampung unit komersial, penternakan lembu pedaging secara ini tidak akan menguntungkan. Keluasan kawasan tersebut bergantung kepada cara pengurusan dan banyaknya lembu pedaging yang akan dipelihara.
Kawasan Ragutan
Tanah perlu dibajak dan digemburkan sebelum menanam rum-put bagi menentukan pertumbuhan rumput yang baik. Selepas membajak, tanah dibiarkan selama dua minggu sebelum disisir atau disikat sambil mencampur kapur pada kadar 1 tan seekar. Dua minggu kemudian, kerja menggembur tanah pula dijalankan. Setelah selesai, baja TSP pada kadar 100 kg/ekar dan benih rumput kira-kira 5 kg. seekar bolehlah ditabur.
Baja, kapur dan benih dicampurkan semasa proses penyediaan itu bagi menjimatkan masa kerana tempoh rehat 2 minggu selepas tiap-tiap proses adalah penting. Benih rumput secara keratan boleh juga ditanam secara barisan atau taburan, akan tetapi cara-cara proses penyediaan tanah adalah serupa.
Bagi penternak secara integrasi dengan tanaman utama, penyediaan kawasan ragutan adalah tidak perlu kerana rumpai asli telah sedia ada.
Panduan Perumahan
i. Pembinaan Kandang
Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan. Saiz kandang 30 kaki persegi cukup untok seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai. Bahan-bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk menjimatkan belanja pembinaan.
Palung Makanan dan Minuman
Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang cukup. Ruangan makanan ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki tiap-tiap seekor.
Beberapa jenis palung makanan dan minuman boleh digunakan. Beberapa contoh ada ditunjukkan seperti di Lampiran 3.
Pasung/Trevis
Pasung atau trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau permanian beradas setiap ekor lembu di masa-masa perlu. Ini berupa pagar yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang apabila seseekor lembu dimasukkan ke dalamnya, lembu itu tidak akan dapat meronta.
Makanan dan Air Minuman
Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.
Kawalan Kesihatan
Mengawal adalah lebih baik dari mengubati penyakit. Lembu yang sihat akan memudah pengurusan dan menambah hasil pengeluaran.
Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.
Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu di negara ini ialah luka, serangan cacing dan parasit-parasit luar badan dan di dalam darah. Bagi mengatasinya, jauhkan lembu dari benda-benda tajam, berikan ubat cacing 2-3 kali setahun dan semburkan ubat kutu tiap-tiap 2 bulan sekali.
Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di pusat. Ini dapat dielakkan dengan merawat pusatnya dan talipusat sebaik sahaja anak-anak lembu dilahirkan.
Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah:
a. tidak ada selera makan
b. pucat
c. keluar lendir/air dari mulut atau hidung
d. berak cair
e. berlaku sebarang kecacatan atau tidak normal ketika berjalan.
Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas terjadi, Pejabat Perkbidmatan Haiwan yang berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat nasihat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Kaedah Pembiakan
Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan. Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesiiapan. Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).
Di antara tanda-tanda berahi ialah:
. Sentiasa berbunyi bising.
a. Kemaluan merah dan membengkak.
b. Keluar lendir dari kemaluan.
c. Panjat memanjat sesama sendiri.
d. Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.
Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu. Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan.
Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40-60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.
Penjagaan Lembu Bunting
Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu diberikan semasa lembu bunting sarat. Makanan bermutu dan air yang bersih dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam kandang.
Di antara tanda-tanda lembu hampir akan melahirkan anak ialah :
. Labu tetek membesar.
a. Susu dapat diperah dan berwarna kekuningan.
b. Pangkal ekor kendur ke arah tulang punggung yang menjadi renggang.
c. Bibir kemaluan membengkak.
d. Sentiasa gelisah.
e. Mengasingkan diri dari kumpulan lembu-lembu lain.
Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam kandang khas yang lantainya beralaskan rumput-rumput kering. Tuan punya lembu perlulah sentiasa memerhatikan tetapi tidak perlu menghampirinya. Sekiranya lembu berkeadaan sukar beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu diberitahu untuk memberikan pertolongan di mana perlu. Begitu juga selepas 24 jam melahirkan anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan sendirinya, keadaan ini perlu dirawat oleh pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan.
Anak-anak lembu yang lahir dalam keadaan yang bersih, peluang jangkitan kuman melalui talipusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya talipusat hendaklah dirawat dengan iodin bagi mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.
Penjagaan Selepas Kelahiran
Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya bagi 4 hari yang pertama. Penyusuan seterusnya boleh diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu diceraikan dari ibunya. Secara perlahanlahan anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan dedak sehingga dicerai terus dari ibunya.
Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesubUran sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula dengan cepat.
Anak-anak pula perlu mendapat penjagaan rapi bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.
Penjagaan Anak Membesar
Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu. Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu. Selepas dikasi biasanya anak jantan itu akan lebih cepat membesar dan boleh segera digemukkan untuk disembelih. Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak.
Anak betina yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun.
Menjual Ternakan
Hasil dari penternakan secara pembiakan ini adalah berupa jualan lembu singkiran untuk disembelih, lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya atau anak muda jantan untuk dijadikan lembu pengganti.
Contoh Aliran Tunai
Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh anggaran aliran tunai mengikut bilangan lembu yang dipelihara.
Anggaran Aliran Tunai Mengikut Bilangan Lembu Dipelihara
Lembu Induk
10
20
30
Lembu Baka
1
1
1
Anak (selepas kematian 10%) 0-1 tahun
7
14
22
Jumiah a.u
17.5
33.25
50.25
Kemudahan kawasan ragut diperlukan (hektar)
3.41
6.47
9.78
Modal: Nilai Ternakan
14,000
32,000
38,000
Pembinaan Kandang @ 100/au
1,750
3,325
5,025
Jumiah
15,750
29,325
43,025
Perbelanjaan Mengurus:Rumput @ 40 kg/a.u/hari x 365 hari@ 1 see/kg
1,278
2,427
3,668
Nilai susut kandang @ 10%/tahun
176
333
508
Jumiah belanja mengurus
1,454
2,760
4,171
Pendapatan:



Jualan Anak Jantan @ 150 kg x $3/kg
1,350
3,150
4,950
Jualan Lembu Dara @ $1,200
4,800
8,400
13,200
Jumiah pendapatan
6,150
11,550
18,150
Jumiah Pendapatan ditolak Belanja Mengurus
4,696
8,790
13,979
Nilai Ternakan dipulang balik
1,400
2,600
3,800
Pendapatan bersih/tahun
3,296
8,790
10,179
Pendapatan bersih/bulan
275
733
848

CIRI-CIRI PEMILIHAN UNTUK BAKA PEJANTAN
A. Memilih baka boleh dibuat melalui rekod iaitu:
Terbukti hasil daripada bibit (induk) den bake (pejantan) yang balk.
Tidak terlalu garang.
Bibit den bake tidak pernah terjangkit penyakit merbahaya.
Baka pejantan mempunyai nilai kebakaan yang balk, seperti air mani yang balk dan bertenaga.
Terbukti menghasilkan anak-anak yang bermutu.
Bergantung kepada jenis lembu, umur pembiakan baka biasanya melebihi 2 tahun.
Keadaan tubuh badan lembu baka yang akan dipilih, iaitu:
Sihat den padat tuboh badan.
Kaki terutamanya kaki belakang yang kuat den tegap.
Kedua-dua buah zakar (testis) yang same besar, padat den tidak labuh.
Mempunyai nafsu berahi (libido) yang balk.
Kuku yang balk.
Kualiti air mani juga boleh digunakan sebagai care pemilihan. Air mani yang balk mempunyai kepekatan atau kandungan sperma yang tinggi den tidak banyak sperma yang cacat.
6. AKTIVITI PENGGEMUKAN
· 6.1 Fidlot (Berkurung)
A. Ringkasan Projek
Penggemukan dengan sistem fidlot menghendaki lembu-lembu muda penggemuk sentiasa berada di dalam kandang, diberi makanan yang bermutu dan air bersih secukupnya; supaya ternakan itu cepat mencapai berat yang sesuai untuk disembelih.
Dengan cara ini anak lembu jantan muda pada berat asal antara 150-200 kg. akan digemukkan kepada berat akhir antara 350-400 kg. dalam masa kira-kira 6 bulan. Makanan bermutu yang digunakan berupa rumusan tunggal seperti PKC atau campuran dedak PKC dengan bahan-bahan makanan lain seperti rumput dan sisa-sisa pertanian yang lain.
Menternak secara fidlot ini adalah satu usaha bercorak komersial, sama ada sebagai sumber pendapatan tambahan atau sebagai usaha pendapatan utama yang dijalankan sepenuh masa. Oleh kerana ia bercorak komersial, penjimatan kos input dan kecekapan pengeluaran hendaklah dititikberatkan. Semua kos adalah tanggungan penternak dan tidak ada subsidi yang diberikan oleh Jabatan Per-khidmatan Haiwan.
Persediaan Penternak
Seorang penternak yang ingin mencebur diri di dalam usaha ini harus mempunyai ciri-ciri berikut
Berminat
Mempunyai kawasan tanah
Mempunyai modal
Berupaya mengerjakannya
Mempunyai pasaran
Memilih Kawasan
Kawasan yang boleh dibinakan fidlot perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:
a. Cukup ruang untuk mendirikan kandang; luas ruangan kandang ialah 30 kaki persegi untuk seekor lembu.
Mempunyai kemudahan jalan keluar masuk yang baik untuk pengangkutan ternakan dan makanan.
Mempunyai kemudahan saliran untuk mengalirkan najis dan basuhan kandang, supaya tidak mencemar air kegunaan orang ramai dan mengotorkan persekitaran.
Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.
Terletak jauh dari tempat kediaman supaya bau kandang tidak mengganggu orang ramai.
Berhampiran dengan kilang membuat makanan yang akan digunakan.
Terletak berhampiran dengan pasaran daging yang berpotensial.
Modal
Semua kos projek akan ditanggung oleh penternak sendiri. Walau bagaimanapun, beberapa cara penggunaan modal boleh dijalankan seperti:
a. Pembinaan kandang dan alatan - modal penternak sendiri.
Pembelian lembu - modal sendiri atau perjanjian skim penggemukan atau pinjaman bank.
Bekalan makanan - modal sendiri atau pinjaman bank.
Biasanya kemudahan kredit jangka pendek bagi bekalan makanan dapat diuruskan dengan pihak pembekal bahan makanan.
Tenaga Kerja
Bagi sebuah fidlot kecil yang memelihara tidak lebih dari 50 ekor ternakan, tenaga penternak sendiri adalah mencukupi bagi pekerja selama 3-4 jam sehari. Tenaga anggota keluarga boleh juga membantu di mana diperlukan.
Apabila usaha menjadi sepenuh masa, kadar kecekapan pengeluaran perlu ditingkatkan. Untuk itu, seorang pekerja boleh mengendalikan sehingga 200 ekor ternakan sehari, dengan menggunakan alatalatan pengurusan yang bersesuaian.
Merancang Pemasaran
la adalah paling penting dikaji sebelum satu usaha fidlot dimulakan. Kemudahan pemasaran mestilah dipastikan terlebih dahulu supaya semua ternakan yang dipelihara dapat dijual pada masa yang dirancangkan, atau pada harga yang paling baik.
Pembinaan Kandang
a. Luas ruangan untuk seekor lembu di dalam kandang konkrit ialah 30 kaki persegi. Misalnya, kandang sebesar 30 kaki panjang dan 10 kaki lebar dan 8 kaki tinggi adalah sesuai untuk 10 ekor ternakan.
Untuk kandang terbuka yang tidak berkonkrit, keluasan yang lebih adalah diperlukan, iaitu kira-kira 150 kaki persegi untuk seekor. Kandang jenis ini adalah kurang sesuai di negara ini kerana kadar hujan yang tinggi dan mengganggu pengurusan dan menimbulkan masalah kebersihan kandang.
Sistem perparitan dan kecerunan lantai adalah penting sama ada ia kandang konkrit atau kandang terbuka di atas tanah. Konkrit yang baik juga diperlukan supaya lantai lebih tahan lama dan tidak mencederakan ternakan. Palung makanan mestilah terletak lebih tinggi arasnya dari palung air.
Seelok-eloknya terdapat pokok-pokok di sekitar kandang untuk teduhan dan lindungan dari angin.
Contoh-contoh binaan kandang adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.
Tiang dan palang dinding kandang hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya dari kayu yang mahal. Memadailah dari kayu lama atau kayu belahan kilang yang kukuh. Kayu-kayu hutan yang baik boleh mengurangkan belanja membina kandang. Atap nipah atau zing boleh digunakan untuk bumbung.
Palung makanan boleh dibuat dari konkrit atau lebih murah lagi dengan menggunakan alat-alat seperti Lampiran 3. Palung air juga boleh dijimatkan dengan membuatnya dari bahanbahan murah seperti Lampiran 3. Ruang makanan yang diperlukan ialah 1.5 ka. tiap-tiap seekor dan ruang untuk minuman ialah 1 ka. tiap-tiap seekor.
Bumbung kandang hendaklah jenis yang dapat menahan panas dan hujan dan memberi sistem pengudaraan yang baik. Bagi kandang yang besar, bumbungnya memadai dibina di atas palung makanan sahaja.
Stor Makanan
Tempat menyimpan makanan yang berbumbung berlantai dan sentiasa kering hendaklah disediakan. Seelok-eloknya terletak berhampiran dengan kandang serta mempunyai kemudahan untuk memunggah guni-guni makanan. Pengudaraan yang baik juga diperlukan, di samping ianya perlu bebas dari serangan tikus.
Pengurusan Tinja (Najis)
Sebuah takungan pepejal tinja adalah diperlukan pada kadar kira-kira 1 kaki padu seekor sehari. Takungan ini dibuat bagi menampung basuhan kandang supaya pepejal tinja dapat mendak dan hanya air yang jernih sahaja keluar dari kawasan kandang. Bagi fidlot yang lebih besar, sistem takungan tinja dan pengudaraannya harus diubahsuai supaya mengurangkan pencemaran. Pepejal tinja boleh dikumpulkan setiap minggu untuk dijadikan baja tanaman.
Tempat Memunggah dan Menimbang
Tempat memunggah ternakan yang sesuai adalah diperlukan supaya ternakan tidak tercedera dan mudah turun naik lori. Ketinggian muka pintu harus disesuaikan dengan tinggi lantai lori yang digunakan.
Tempat menimbang pula diperlukan dan seelokeloknya bersekali dengan tempat memunggah. Ini memudahkan menimbang ternakan semasa ketibaan dan ketika membuat jualan. Kecederaan semasa menimbang juga dapat dikurangkan.
Menimbang ternakan juga mungkin diperlukan dari masa ke semasa, misalnya untuk tujuan memilih ternakan yang telah sesuai dijual, atau bagi mengesan ternakan yang sakit atau terbantut.
Trevis/Pasung
Sebuah trevis atau pasung diperlukan untuk mengawal ternakan ketika membuat rawatan atau pemeriksaan. Biasanya, tempat menimbang boleh digunakan juga untuk tujuan ini.
Kemudahan Pengangkutan
Selain dari jalan yang baik, kawasan kemudahan untuk lori berpusing adalah penting, supaya tidak berlaku kemalangan dan kecederaan ketika memunggah ternakan dan makanan.
Pengurusan Fidlot
Ada dua sistem pengurusan fidlot yang boleh diamalkan, iaitu:
a. Sekali-masuk-sekali-keluar
Dengan cara ini, satu kumpulan ternakan dimasukkan ke dalam kandang dan apabila tempoh penggemukan tamat, ternakan akan dijual sekaligus. Cara ini memudahkan penternak merancang masa pemasaran yang sesuai. Biasanya fidlotfidlot kecilan sahaja yang mengamalkan cara ini, kerana jumlah ternakan yang sedikit mudah dijual secara serentak.
Masuk-keluar berterusan
Dengan sistem ini, kumpulan ternakan dimasukkan ke dalam kandang secara berperingkatperingkat mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap bulan atau dua bulan sekali. Hanya fidlot besaran dapat menjalankan sistem ini, kerana kandang-kandang perlu dipetak-petakkan mengikut keperluan.
Dengan sistem ini pembelian dan penjualan ternakan dapat dibuat secara berterusan. Apabila semua petak-petak berisi ternakan, jumlah ternakan akan sentiasa tetap pada setiap masa. Cara ini akan memudahkan pengurusan dan kecekapan pengeluaran akan meningkat.
Jenis-jenis Ternakan
Semua anak jantan baka pedaging dan baka tenusu boleh dijadikan lembu pengganti untuk digemukkan di dalam fidlot. Baka tempatan yang boleh digunakan ialah Kacukan Friesian Sahiwal, Droughtmaster, Kedah-Ke!antan, Brahman dan kacukan pedaging dari baka-baka tersebut. Akan tetapi, baka tempatan adalah terhad bekalannya. Oleh itu, lembu pengganti dari baka Kacukan Brahman atau Kacukan Komersial dari Australia (ACC) telah diimport. Dari kajian yang dijalankan, baka ini telah didapati sesuai digemukkan di dalam fidlot. Lembu pengganti dari baka ini juga boleh diimport dengan banyak dari Australia dengan harga yang hampir setanding dengan lembu baka tempatan.
Menerima Ternakan
a. Sebelum menerima ternakan, kandang mestilah telah sempurna, siap dengan bekalan air dan makanan untuk beberapa hari. Dua atau tiga utas tali jerami sepanjang 20 kaki sebesar jari adalah diperlukan untuk mengawal anak lembu yang akan tiba, sekiranya diperlukan.
Semua lembu perlu ditimbang bagi mengetahui berat asal dan direkodkan. Pemeriksaan menyeluruh hendaklah dibuat kepada lembu-lembu dan pastikan ternakan ini adalah sihat.
Pemakanan
a. Hampas isirung palma (PKC) sebagai rumusan tunggal.
Pada beberapa hari pertama, lembu-lembu mungkin tidak memakan PKC, kerana ia makanan baru. Oleh itu, PKC dikenalkan perlahan-lahan dengan mencampurkan rumput. Gula hitam (molasses) boleh dicampurkan jika perlu, untuk merangsangkan lembu memakan PKC. Pada biasanya, dalam tempoh seminggu, lembu-lembu itu akan dapat memakan PKC semahunya tanpa makanan lain. PKC hendaklah sentiasa ada di dalam palung makanan. Ia ditambah dengan kadar yang berpatutan supaya tidak membazir. Cara membuat anggaran yang mudah ialah dengan melihat sisa makanan sebelum menambah makanan yang baru. Makanan hari sebelumnya hendaklah hanya tinggal sedikit sahaja di dalam palung. Makanan sisa itu hendaklah diasingkan untuk ditaburkan di atas makanan yang baru ditambahkan. Jangan dibuang sisa-sisa makanan kerana ia merugikan.
Rumusan makanan Sisa Pertanian
Beberapa jenis bahan sisa pertanian di negara ini boleh digunakan sebagai campuran makanan untuk lembu di dalam fidlot. Dari kajian yang telah dibuat, beberapa campuran bahan makanan berasaskan PKC boleh digunakan. Beberapa contoh adalah seperti berikut: -
Contoh (i)
Bahan Makanan
Berat (kg)
Hampas Isirung Palma (PKC)
2.875
Enapcemar Kelapa Sawit (POME)
2.0
Tri-Calsium Phosphate (TCP)
0.05
Kapur (Limestone)
0.025
Garam dan Vitamin
0.025
Jumlah
5.000
Contoh (ii)
Bahan Makanan
BeratKering (kg)
BeratBasah (kg)
Hampas Isirung Palma (PKC)
2.95
2.95
Hampas sagu
2.03
13.53
Limestone
0.02
0.02
Jumlah
5.00
16.50
Air
Air yang bersih hendaklah sentiasa ada secukupnya di dalam palung. Air telaga yang bersih atau air dari bumi adalah lebih menjimatkan daripada alr paip.
Garam Galian dan Vitamin
Garam galian hendaklah dicampurkan bersama dengan kadar 1 - 1.5 kg. setiap 100 kg. makanan. Sebagai gantian garam dapur atau garam TCP boleh disediakan untuk dijilat.
Membasuh Kandang
Kandang ternakan biasanya dibasuh sekali dalam sehari. Akan tetapi, untuk menjimatkan belanja ianya boleh dibasuh dua hari sekali sahaja. Untuk membasuh kandang, air perigi yang dipamkan menggunakan jentera pam air adalah lebih baik kerana ianya lebih murah dan kuat tekanannya. Ketika membasuh, pastikan air tidak membasahi palung makanan, kerana ia akan menyebabkan makanan berbau dan berkulat.
Rawatan
Sambil membasuh kandang dan memberi makanan, pemerhatian hendaklah dibuat secara keseluruhan kepada ternakan. Jika kelihatan ada lembu yang tidak sihat, pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan hendaklah dihubungi segera untuk bantuan rawatan.
Tempoh Penggemukan Tamat
Penggemukan secara fidlot biasanya dijalankan selama enam bulan. Ini bergantung kepada berat terakhir dicapai oleh ternakan atau adanya peluang pasaran dengan harga yang tinggi. Pada bulan-bulan terakhir, pertambahan berat yang menurun juga menunjukkan lembu-lembu sudah siap untuk disembelih. Biasanya, berat maksimum yang menguntungkan bagi lembu-lembu import yang digemukkan ialah antara 350 kg. hingga 400 kg. Sungguhpun demikian, lembu boleh juga dijual pada berat yang kurang sekiranya ada pembeli yang sedia membayar harga yang tinggi. Keperluan pengguna dan kemampuan pembeli juga harus diambil kira.
Menjual Ternakan
Penternak digalakkan menjual sendiri ternakan masing-masing di masa yang betul. Kriteria yang digunakan bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Lembu boleh mula dijual apabila mencapai berat badan antara 320 - 350 kg.
Format cara jualan ini boleh diguna sebagai panduan:
a. Jualan sendiri:
Penternak bebas menjual lembu hidup kepada sesiapa yang dirasakan sedia menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.
Sistem lelong:
Beberapa orang penyembelih diberitahu dan dipanggil ke fidlot, sesiapa menawarkan harga yang paling baik, penyembelih itu berjaya membeli lembu.
Melalui Jabatan:
Pegawai Penyelaras Projek boleh membantu untuk menjual ternakan kepada pembeli yang lebih besar seperti FAMA atau Syarikat Pembeli/Penyembelihan lembu yang besar dengan mengambilkira kos pengangkutan.
Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:
Penternak yang mendapat kemudahan gerai di Pasar Tani atau Pasar Besar boleh menjual sendiri daging lembu keluaran fidlot mereka. Dengan cara ini tiap-tiap penternak dijangka mendapat keuntungan yang lebih banyak.
Penjualan hendaklah dilakukan melalui timbangan berat hidup. Harga lembu yang dipelihara secara fidlot sepatutnya lebih tinggi daripada lembu-lembu biasa, kerana mutu dagingnya lebih baik.
Pengurusan Kewangan
Sekiranya penternak mendapatkan modal dan makanan secara kredit, pembayaran balik kredit itu adalah sangat penting dalam edaran kewangan projek.
Pegawai-pegawai Penyelia Projek dari Jabatan Haiwan akan memastikan pembayaran dibuat mengikut jadual dan penternak mempunyai sistem akaun yang mudah difahami semasa jualan. Pegawai-pegawai tersebut akan mengasingkan bayaran untuk bank dan untuk penternak bagi mengelakkan sebarang penyelewengan. Akaun yang sistematik perlu disimpan oleh Pegawai tersebut di peringkat permulaan supaya mudah penternak mengambil alih kemudian.
Peringatan Khas
Harus diingat, bahawa penternakan secara fidlot ini adalah usaha bercorak komersial. Segala kos dan kecekapan pemeliharaan perlu diberi perhatian supaya mendapat keuntungan. Jika diperbesarkan aktiviti ini ianya boleh dijadikan sumber pendapatan utama.
Segala pembaziran input melalui makanan, air, bahan api, pembinaan kandang hendaklah dielakkan. Jangan menghabiskan masa berlebihan di kandang lembu. Masa itu boleh digunakan bagi mencari satu pencarian yang lain.
Harap bersabar jika mendapati lembu yang baru tiba kelihatan agak liar kerana ia belum sesuai dengan keadaan sekeliling yang baru. Kandang dan kemudahan yang kukuh, serta pemberian makanan dan air yang cukup boleh menentukan kejayaan.
Contoh Aliran Tunai
Berikut adalah contoh aliran tunai bagi satu unit fidlot yang memelihara 20 dan 50 ekor lembu untuk dijadikan panduan. Harga yang digunakan boleh berubah dari masa ke semasa.
Andaian
Berat asal lembu 200 kg @ $3.30/kg. Berat akhir lembu 350 kg @ $3.30/kg. Memakan PKC @ 5 kg sehariKenaikan berat badan @ 0.8 kg sehariHarga PKC @ 25 sen sekg.
Pendapatan

20 ekor
50 ekor

(RM)
(RM)
Hasil Jualan Lembu350 kg x 20 x $3.30
23,100
57,750



Perbelanjaan


i. Pembelian anak lembu 200 kg x $3.00/kg x 20
13,200
33,000
ii. Kandang 60 ka x 20 ka (Susutan 5 tahun)
300
2,000
iii. Makanan (PKC) 940 kg/ @ $0.25/kg x 20
4,700
11,750
iv. Garam galian
100
250
v. Kemudahan air, bahan api
150
300


18,450
47,300
vi. Faedah Bank @ 10%
1,845
4,730


20,295
52,030
Pendapatan Bersih
2,805
5,720

6.2 Ragutan Separa Intensif/lntegrasi
Selain dari penggemukan lembu secara fidlot, penggemukan juga boleh dibuat secara ragutan separa intensif atau secara integrasi. Dengan cara ini, penternak tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal untuk membeli makanan ternakan. Sebaliknya, lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan rezab ragutan di dalam tempoh yang dihadkan atau di bawah tanaman utama khasnya kelapa sawit. Lembu-lembu dihalau balik ke dalam kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di waktu malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan mempunyai kawasan meragut yang mencukupi.
Untuk penggemukan jenis ini, hanya anak lembu jantan baka tempatan yang sesuai, kerana ternakan itu telah jinak dan dapat menyesuaikan diri kepada keadaan persekitaran tempatan. Baka-baka lembu jenis Kedah-Kelantan dan kacu kannya, Kacukan Friesian Sahiwal, lembu L.l.D., Droughtmaster dan kacukan Brahman tempatan boleh dipelihara untuk tujuan ini.
A. Kandang
Keperluan ruangan kandang adalah sama seperti kandang untuk penternakan fidlot. Seekor lembu penggemuk memerlukan 30 kaki persegi. Jika kandang berlantai konkrit agak mahal, kandang tidak berlantai boleh digunakan dengan syarat mempunyai saliran yang baik dan dijaga supaya sentiasa bersih dan kering.
Palung air yang baik hendaklah ada bagi membekalkan air bersih secara berterusan. Palung makanan diperlukan bagi pemberian dedak tambahan dan garam galian. Ruangan makan ialah 1.5 kaki seekor, sementara ruangan minum ialah satu kaki seekor.
Makanan
a. Rumput
Banyak kawasan-kawasan seperti di ladang kelapa sawit, kelapa, dusun ataupun di tepi-tepi taliair yang ditumbuhi oleh rumput semulajadi yang tebal dan menghijau. Kawasan rumput ini boleh dijadikan sumber makanan anak-anak lembu jantan penggemuk. Kawasan tersebut perlu dipagar dan ragutan hendaklah dijalankan dengan cara yang teratur.
Jumlah lembu yang boleh dipelihara dalam satu hektar kawasan bergantung kepada banyaknya rumput yang ada untuk diragut. Di dalam ladang kelapa sawit misalnya, seekor lembu penggemuk memerlukan kawasan seluas di antara 1-4 hektar.
Menanam rumput khas untuk ragutan lembu penggemukan jenis ini adalah tidak digalakkan. Ini adalah disebabkan belanja pembangunan dan penjagaan padang ragut adalah sangat tinggi memadai dengan penjagaan rumput semulajadi dengan sistem ragutan yang teratur dan pembajaan yang cukup.
Dedak
Makanan tambahan berupa dedak bolehlah diberikan pada kadar 2 kg seekor sehari, sekiranya kewangan mengizinkan dan bekalan mudah didapati. Banyak hasil-hasil sampingan pertanian seperti hampas isirung palma (PKC), enapcemar kelapa sawit (POME), molasses, hampas kacang soya, hampas sagu, dedak beras dan sebagainya boleh digunakan dengan belanja yang murah di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Makanan tambahan tersebut boleh diberikan secara tunggal atau dirumus supaya seimbang. Bentuk rumusan adalah serupa seperti rumusan untuk lembu fidlot.
Penggemukan Tamat
Penggemukan secara ragutan separa intensif akan memakan masa di antara 8 hingga 12 bulan bergantung kepada berat asal anak lembu jantan dan jenis makanan diberikan.
Biasanya, anak lembu berumur purata 10 bulan dengan purata berat asal pada 150 kg akan dapat mencapai berat akhir 300 kg dalam tempoh 10 bulan; dengan meragut rumput semulajadi dan memakan dedak tambahan. Tempoh akan lebih panjang jika tidak memakan dedak tambahan.
Pinjaman Bank
Modal bagi projek seperti ini boleh diperolehi dari Bank Pertanian atau mana-mana bank perdagahgan di Malaysia. Tempoh dan cara bayaran balik serta kadar faedah boleh dirundingkan dengan pihak pengurusan bank.
Contoh Aliran Tunai
Sebagai contoh, berikut ialah aliran tunai bagi satu projek penggemukan ragutan separa intensif yang memelihara 10 ekor.
Andaian
Berat awal lembu 150 kg @ $3.30/kg. Berat akhir lembu 300 kg @ $3.30/kg. Memakan PKC @ 2 kg sehari @ $0.25/kg.
Pendapatan

RM
Jualan lembu 300 kg x $3.30/kg x 10
9,900


Perbelanjaan



a. Pembelian anak lembu 150 kg x $3.30/kg x 10
4,950
b. Kandang 30 ka x 10 ka (susutnilai 5tahun)
100
c. Makanan, PKC 600 kg x $0.25 kg x 10
1,500
d. Garam galian
50
e. Kemudahan air, bahan api dll.
300


6,900
f. Faedah bank@ 10%
690

Jumlah Perbelanjaan
7,590
Pendapatan Bersih
2,310
6.3 Pemeliharaan Anak
Anak-anak lembu jantan banyak terhasil di kawasan pemeliharaan lembu pedaging semulajadi di Utara Semenanjung, di kawasan integrasi lembu dengan kelapa sawit dan di sekitar rezab ragutan. Anak-anak jantan juga dihasilkan oleh lembu-lembu tenusu di Pusat-pusat Pengumpulan Susu di seluruh negara. Anak-anak lembu ini akan menjadi bebanan kepada penternak. Oleh kerana anak jantan sangat sesuai untuk dijadikan lembu pengganti fidlot, pemeliharaan untuk pembesaran merupakan satu bidang usaha yang berpotensi tinggi.
Anak-anak jantan dipisahkan dari ibu masing-masing pada umur dua minggu. Ternakan ini hendaklah dipelihara di dalam kandang-kandang dibina khas untuk anak selama 6 bulan. Kemudian anak-anak itu dibesarkan dengan meragut rumput dan mendapat makanan tambahan sehingga berumur kira-kira setahun. Dengan berat yang dicapai kira-kira 180 kg anak lembu ini dijual sebagai lembu pengganti kepada penternak yang mengusahakan fidlot. Anak-anak lembu itu telah dibuang tanduk, dikasi dan diberi ubat cacing sebelum dijual.
A. Pemakanan
Pada umur dua minggu, anak lembu jantan dipisahkan dari ibunya dan diberi makan susu gantian. Campuran yang baik hendaklah dibuat mengikut panduan oleh pembekal, supaya kepekatannya seperti susu segar. Sebanyak 3 liter diperlukan sehari pada minggu kedua dan ditambah satu liter tiap-tiap minggu hingga tidak lebih 10% dari berat badannya atau kira-kira 8 liter apabila pemberian susu ini diberhentikan pada umur 3 bulan.
Bermula pada umur dua minggu juga, anak lembu mula dikenalkan kepada makanan pepejal berupa dedak permulaan atau 'calf-starter' dan keratan rumput segar. Pada minggu ketiga, ia perlu dapat memakan 100 gm calf-starter dan 500 gm rumput segar. Pada minggu keempat, ia akan dapat memakan 150 gm calf-starter dan 1 kg rumput. Calf-starter dan rumput ditambah perlahan-lahan hingga anak lembu dapat memakan antara 0.75-1.0 kg calfstarter dan 5-8 kg rumput sehari pada umur 3 bulan. Selepas 3 bulan, apabila susu gantian diberhentikan; calf-starter perlu terus diberi pada kadar 1.5 kg sehari seekor sehingga mencapai umur 6 bulan. Rumput hendaklah diberikan dengan berlebihan.
Air bersih perlu diberi kepada anak lembu setiap hari, pada kadar 4-7 liter di antara 2-6 bulan. Selepas ini air mestilah diberikan secara berlebihan. Walau bagaimana banyak anak lembu itu memakan rumput potong, ia hanya boleh dilepaskan meragut pada umur 6 bulan. Pada umur itu, sebanyak 10-15 ekor anak boleh meragut di dalam satu hektar padang ragut bertanam dengan rumput bermutu.
Sekiranya kawasan ragutan adalah terhad, anak lembu boleh diberi makan rumput potong di dalam kandang. Dedak yang baik seperti PKC atau rumusan bahan sampingan pertanian perlu ditambah pada kadar 2 kg sehari seekor. Campuran garam untuk jilatan juga diperlukan bagi membina tulang dan pembesaran tubuh yang sempurna. Cara pemakananseperti itu sepatutnya boleh menambah berat badan pada kadar 0.4-0.5 kg sehari. Apabila anak lembu mencapai umur 12 bulan, berat badannya dianggarkan 180 kg.
Kandang
Petak-petak khas untuk seekor atau berdua hendaklah dibina berlantai setinggi 2 kaki dari paras tanah. Petak-petak itu mestilah disediakan dengan palung berasingan untuk susu (dan air) serta dedak. Lantai beluti dari kayu atau besi berselaput plastik adalah sangat sesuai dan mudah dibersihkan.
Bagi anak lembu yang telah berumur 3-6 bulan petak-petak berlantai boleh dibuat untuk 10-20 ekor, pada kadar 8 kaki persegi seekor. Palung untuk dedak dan rumput potong mesti disediakan. Palung air mestilah boleh menyimpan air bersih setiap masa.
Kandang anak ini mestilah dilindungi dari tempias hujan dan tiupan angin kencang, serta serangan binatang liar. Kandang untuk anak yang telah melewati 6 bulan boleh dibuat dengan berlantai konkrit, pada kadar 10 kaki persegi seekor. Ia boleh juga terus dipelihara di atas kandang berlantai jika hendak diberi rumput potong, tetapi ruangan tiap-tiap ekor hendaklah disesuaikan.
Contoh Aliran Tunai
Berikut ialah contoh aliran tunai pemeliharaan 10 anak lembu jantan selama setahun.
Andaian
Pembelian anak 30 kg @ $50.00 seekor Jualan anak 180 kg @ $3.30 seekor.
Pendapatan

RM
Jualan anak muda 180 kg x $3.30/kg x 10
4,950
Perbelanjaan



a. Pembelian anak $50.00 x 10
500


b. Makanan Calf-starter 59 kg x $0.46/kg x 10
230
Dedak Susu gantian 450 lt. x 10 x $10.00/kg.
450
Rumput
200
Garam
50
c. Kandang (susutnilai 5 tahun)
200
d. Air bahan api & lain-lain kemudahan
500


3,030
10% interest
303


3,333
Pendapatan Bersih
2,607
7. PENUTUP
Dengan panduan ringkas ini diharapkan penternak akan mendapat manfaat dan panduan ke arah usaha menternak lembu daging. Mudah-mudahan lebih ramai penternak akan menceburi bidang penternakan lembu pedaging, bukan sahaja untuk memberi peluang pekerjaan, tetapi juga membantu meningkatkan pengeluaran daging negara.
Keterangan lanjut dan latihan yang berkaitan boleh didapati dari:
UNIT PERUSAHAAN PEDAGING, BAHAGIAN PENGELUARAN,IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN, 50630 KUALA LUMPUR.
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk (Dr.) Ahmad Mustaffa b. Hj. Babjee di atas bimbingan beliau; Dr. Hadi b. Dato' Hashim dan Dr. Hawari b. Hussein, di atas dorongan dan sokongan sehingga terhasil buku panduan ini. Terima kasih juga di atas kerjasama Puan Roziah Hj. Hamzah yang telah begitu tekun menaip keseluruhan teks, Puan Saviah Zamri dan En. Kamaluddin Sukirman untuk kerja-kerja grafik; dan En. Abu Hassan b. K. Alip, Pegawai Perhubungan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Encik Mohd. Yunos b. Mohd. Ariffin, Pegawai Penerbitan, Kementerian Pertanian yang telah bersungguh-sungguh mengatur urusan percetakan.
Dikeluarkan olehUnit Penerangan dan PerhubunganJabatan Perkhidmatan Haiwan
Disediakan oleh Unit Pedaging Bahagian Pengeluaran Ternakan Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Diterbitkan dan boleh didapati dariUnit PenerbitanKementerian Pertanian MalaysiaJalan Mahameru 50624 Kuala LumpurTel: 2982011
JABATAN PERKHIDMATAN HAIWANKEMENTERIAN PERTANIANMALAYSIA1988
Pakar-pakar Perunding:
Datuk Dr. Hadi bin Dato' HashimDr. Hawari bin Hussein
Perunding Utama:
Dr. Mohd Zairi bin Hj Serlan

No comments:

Post a Comment